Thursday, September 23, 2010
Monday, May 10, 2010
HAK PENGGUNA
Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang telah digubal untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

Pengguna
Pengguna ialah individu yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna mempunyai pengetahuan yang cetek tentang hak mereka. Pengguna harus sedar bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Jika pengguna ingin mendapat hak-haknya mereka harus:-
1) Mengetahui apakah hak-haknya.
2) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikanya.
3) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.
Oleh itu pengguna yang baik dan bijak haruslah bertanggungjawabnya sebagai pengguna dan juga menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.
Hak-Hak Pengguna
Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara sejagat.15 Mac telah diiktiraf sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia.
Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti yang berikut:
1) Hak Untuk Mendapat Keselamatan.
2) Hak Untuk Mendapat Makfumat.
3) Hak Untuk Membuat Pilihan.
4) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.
Kemudiannya, Consumers International, menambah empat lagi hak asasi pengguna seperti yang berikut:
1) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas.
2) Hak Untuk Mendapat Gantirugi.
3) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna.
4) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
8 Hak Asasi Pengguna
Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang yang memuaskan dalam zaman moden ini. Keperluan asas ini termasukalah makanan, pakaian, perlindunagn, perubatan, pendidikan, dan pengangkutan.Sebagai contoh,kualiti pakaian yang dibeli haruslah berpadanan dengan harganya, makanan yang dibeli pula haruslah mempunyai kuantiti, timbangan dan khasiat yang mencukupi seperti yang tertulis pada label barangan. Tiada siapa yang berhak melarang pengguna daripada mendapat mana-mana keperluan di atas.
Hak untuk mendapat keselamatan
Pengguna berhak mendapat mendapat jaminan bahawa barang yang dibeli dan digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan yang boleh membahayakan kehidupan dan kesihatan.Di samping itu Barangan tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan bebas daripada bahan racun yang memudaratkan kesihatan.Pengeluar hanedaklah memberikan penerangan yang tepat dan dan perlu diikuti oleh pengguna semasa menggunakan sesuatu barang.Contohnya, barang seperti topi keledar, tali pinggang keselamatan dan alatan elektrik haruslah mnepati mutu piawai yang ditetapkan oleh pihak SIRIM danselamat digunakan. Barang yang boleh membahayakan nyawa seprti racun serangga, bahan kimia dan ubat-ubatan pula, perlu dilabelkan dengan simbol amaran bahaya.
Hak untuk mendapat maklumat
Pengguna berhak untuk mendapat maklumat yang mencukupi dan tepat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan yang dibelinya supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak. Apabila membeli barang, pengguna harus membaca label pada barang tersebut seperti tarikh luput, isi kandungan, berat, logo halal, dan lain-lain lagi. Maklumat boleh juga diperolehi melalui pengiklanan dan pengguna harus meniliti iklan agar tidak tertipu. Ini memudahkan pengguna memilih semasa membuat keputusan pembelian. Pengguna haruslah dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan, dan amalan lain.
Hak untuk membuat pilihan
Setiap pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih untuk memiliki dan menentukan barang yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh, keperluan, cita rasa, dan kemampuan mereka. Pengguna mesti diberi makluamt yang mencukupi dan tepat untuk memudahannya membuat keputusan untuk memilih.Pengguna juga berhak membuat perbandingan terhadap barang yang hendak dibeli dari segi kualiti, harga, dan isi kendungannya. Hak memilih menjadikan pengguna lebih rasional dalam membeli barangan. Jangan membuat piliahn dengan terburu-buru dan pengeluar tidak berhak untuk memaksa pengguna membuat pilihan atau membuat pilihan untuk pengguna.
- tidak menepati sukatan atau kuantiti yan dinyatakan
- mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan
- tidak mempunyai mutu seperti yang diiklankan
- melebihi tarikh luput guna atau berada dalam keadaan yang tidak memuaskan
- berlaku kemalangan atau kecederaan akibat maklumat yang salah tentang sesuatu barang yang digunakan.
Sebagai contoh, pengguna berhak menuntut pampasan atas kerugian yang dibelanjakan jika terguna barang yang membahayakan kesihatan seperti pampasan atas bil perubatan yang telah dibelanjakan kerana termakan makanan yang beracun.Antara undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi:
- Akta Jualan Barang-barang 1957
- Akta Kontrak 1974
- Akta Insurans 1963 (pindaan 1983)
Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat tentang hal-hal yang berhubung dengan kepentingan mereka.Mereka boleh menyuarakan pendapat secara individu atau melalui perwakilan.Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbanagan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan dasar perniagaan yang diwujudkan oleh pihak swasta.Contohnya, pengguna dapat menyuarakan pendapat berkaitan hal tentang kenaikan tambang bas sekolah. Persatuan pengguna dapat mewakili pengguna menyuarakan serta menuntut kepentingan mereka.
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan secara berterusan untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat.Pendidikan kepenggunaan membolehkan pengguna menjadi rasional dan bijak dalam pemilihan atau pembelian sesuatu barang.Pendidikan kepenggunaan boleh diperoleh melalui penubuhan persatuan pengguna di sekolah, ceramah, pameran, seminar, bengkel, media massa, dan bahan bacaan seperti risalah. Persatuan Pengguna dan Majlis Pengguna memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan kepenggunaan melalui media massa.Pengguna perlu mendapatkan pendidikan kepenggunaan supaya tahu akan hak dan tanggungjawab masing-masing agar tidak ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat
Selain barangan yang dibeli, pengguna juga menggunakan sumber alam sekitar seperti udara, air, cahaya matahari, dan tanah. Sumber alam dikenal sebagai alm sekitar dan orang yang menggunakan sumber alam sekitar dipanggi pengguna. Sebagai seorang pengguna, kita berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan terdapat sumber alam semula yang semakin pupus atau dimusnahakan. Alam sekitar yang bersih dan selamat haruslah bebas daripada pencemaran alam seperti udara dan air yang kotor, bau yang tidak menyenangkan, dan bunyi bising.
Persekitaran yang bersih menyenangkan fikiran
Sumber: http://www.youtube.com/ (Atuk Oh Atuk)
Akta Kawalan Harga 1973
- Menetapkan harga maksimum untuk barang kawalan seperi beras, tepung , gula, dan susu.
- Pengguna boleh menuntut balik bayaran lebihan jika membeli barang melebehi harga maksimum.
Akta Kawalan Bekalan 1961
- Meletakkan tanda harga dan label pada barang yang dijual.
- Melarang peniaga menyimpan barang-barang kawalan secara berlebihan.
- Pengguna berhak mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada musim perayaan.
Akta Timbang dan Sukat 1972
- Mewajibkan peniaga menggunakan alatan dan sukatan yang memberikan bacaan yang tepat serta mengikut spesifikasi dan disahkan oleh kerajaan.
- Pengguna boleh menolak penggunaan alat timbangan yang tidak disahkan oleh kerajaan.
Akta Perihal Dagangan 1972
- Memberi hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat.
- Melarang menyiarkan iklan yang palsu dan mengelirukan.
Akta Sewa Beli 1967
- Menyediakan garis panduan perjanjian sewa beli dari segi jenis barang, kadar faedah, dan syarat jualan.
- Mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian.
- Mengariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli.
Akta Hakcipta 1987
- Memberi hakcipta kepada karya-karya.
- Melindugi hak-hak eksklusif tuan punya hak cipta daripada dicabuli pihak lain.
Akta Jualan Langsung 1993
- Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan.
- Mengawal selia aktiviti jualan langsung dari pintu ke pintu dan melalui pos serta mengharamkan perniagaan sistem piramid.
Akta Elektrik 1973
- Mewajibkan peralatan elektrik yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah selamat digunakan.
- Mensyaratkan setiap barangan elektrik mesti mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM.
Akta Label 1980
- Pengguna mendapatkan lengkap tentang sesuatu barang dalam labelnya.
- Label pada sesuatu barang mesti mengandungi maklumat sepeti harga, nama dan alamat pengeluar, jenama, tarikh luput, arahan penggunaan, kandungan bahan atau ramuan, amaran dan petunjuk, serta jelas dan mudah dibaca.
Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)
- Mengawal kualiti bahan makanan dan penggunaan aditif dalam proses pembuatan makanan.
- Melarang penggunaan bahan kimia yang membahayakan pengguna.
Peraturan makanan 1985
- Memastikan pihak pengeluar meletakkan tarikh guna luput.
- Memberi jaminan bagi makanan tertentu.
- Meletakkan label pada bekas makanan dan menyatakan ramuan yang digunakan.
- Mengawal mutu makanan dan penggunaan bahan aditif yang membahayakan kesihatan pengguna.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dibentuk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini telah ditubuhkan pada 15 November 1999 oleh kKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain mahkamah, tribunal ini merupakan satu saluran alternatif untuk pengguna menegakkan hak mereka dan mendapatkan khidmat nasihat. Para pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi atau pampasan apabila berasa tidak puas hati dan ditipu oleh pengeluar atau peniaga yang tidak beretika dengan menawarkan barang atau perkhidmatan yang tidak berkualiti.
Tribunal ini menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah cepat dan murah berbanding dengan tuntutan melalui proses mahkamah yang rumit, memakan masa yang panjang dan belanja yang mahal. Pengguna yang memfailkan tuntutan di tribunal ini dikenakan bayaran sebanyak RM5, manakala proses tuntutan mengambil masa lebih kurang 60 hari. Tribunal tersebut mempunyai bidang kuasa mendengar kes tuntutan ganti rugi yang nilainya tidak melebehi RM25000.
Hak Pengguna Jangan Takut Untuk Bercakap
http://berita-harian-online.com/hak-pengguna-jangan-takut-untuk-bercakap/
Kuasa Pengguna
Sumber: http://www.youtube.com/ (Hari Pengguna Malaysia 2009)
MOHD Helmi Md Noor turut mendapatkan bekalan gula, minyak dan tepung di sebuah kedai di Kampung Bukit Payung, Pokok Sena, semalam.
Peniaga barangan runcit beberapa negeri masih menjual seperti biasa
KUALA LUMPUR: Usaha Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) untuk memboikot penjualan barangan kawalan khususnya gula, yang dikatakan tidak mendapat keuntungan setimpal tidak berlaku apabila penjualan barangan berkenaan berjalan seperti biasa di seluruh negara.Tinjauan Berita Harian di beberapa negeri mendapati peniaga barangan runcit masih menjual gula, minyak masak dan tepung gandum seperti biasa. Di ibu negara, tinjauan di pasar raya mendapati bekalan gula masih banyak dan mencukupi tetapi dihadkan sebanyak dua bungkus kepada setiap pengguna.
Peruncit yang ditemui pula rata-rata menyatakan kesukaran mendapatkan bekalan gula daripada pemborong hingga menyebabkan bekalan itu kehabisan.
Di Kuala Terengganu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd Hilmi Mohd Nor berkata, tinjauan mendapati tiada peruncit dan peniaga yang memboikot penjualan barangan kawalan berkenaan.
Katanya, sehingga kini pihaknya mengeluarkan lebih 1,300 Lesen Runcit Barang Kawalan kepada peniaga dan peruncit di seluruh negeri itu. Di Ipoh,tinjauan yang dijalankan KPDNKK negeri mendapati rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kesediaan untuk terus menjual gula seperti biasa namun pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.
Permintaan luar biasa punca gula kurang









